Berikut adalah beberapa tips pencegahan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada penipuan atas talian atau online.
Berikut adalah beberapa tips pencegahan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa kepada penipuan atas talian atau online. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk peringatan kepada orang ramai.
1. Pengesahan identiti penjual.
Sebelum menjalankan urusan pembelian, pastikan identiti penjual adalah betul. Anda harus mengetahui maklumat penting penjual seperti alamat, nombor telefon dan email.
2. Semakan akaun bank.
Buat semakan nombor akaun penjual dengan memastikan nama pemegang akaun bank sama dengan nama penjual atau syarikat yang menjual. Pastikan nombor akaun itu adalah milik penjual yang sebenar.
3. Testimoni pembeli lain.
Lihat testimoni pembeli yang pernah berurusan dengannya samaada melalui komen di laman sosial milik penjual atau komen di blognya.
4. Hati-hati harga terlalu murah.
Elakkan membeli barangan yang dijual oleh individu dengan harga yang terlalu murah berbanding harga pasaran. Siasat terlebih dahulu sebelum anda membuat keputusan untuk membeli.
5. Simpan transaksi atau bukti.
Simpan bukti seperti email, perbualan di laman sosial, SMS dan sejarah panggilan anda dengan penjual. Jika anda telah membuat pembayaran, simpan resit pembayaran atau transaksi anda melalui online banking.
Sekiranya anda telah ditipu, bawa semua transaksi dan bahan bukti ketika membuat laporan polis.
Kini anda boleh mengakses portal Jabatan Jenayah Komersel di pautan berikut :
Sumber: FB Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police
COMMENTS