$show=home$type=grid$count=3$cate=0$rm=0$sn=0$au=0$cm=0

Nasi Ulam Daun Manir

Resepi Nasi Ulam Daun Manir. Sebenarnya nasi ulam ini ada berbagai aneka jenis mengikut kaedah penyediaan masing-masing. Boleh dikatakan setiap negeri ada nasi ulamnye tersendiri. Begitu juga dengan Negeri Pahang khususnya bagi daerah Jerantut, Lipis dan Raub.

bahan nasi ulam pahang

Resepi Nasi Ulam Daun Manir. Sebenarnya nasi ulam ini ada berbagai aneka jenis mengikut kaedah penyediaan masing-masing. Boleh dikatakan setiap negeri ada nasi ulamnye tersendiri. Begitu juga dengan Negeri Pahang khususnya bagi daerah Jerantut, Lipis dan Raub.

Apa yang membezakan nasi ulam Pahang dengan nasi ulam negeri lain mungkin daunnya iaitu sejenis daun iaitu daun manir yang hanya tumbuh hidup di dalam hutan belantara, maknanya agak sukar untuk mendapatkannya. Nasi ulam ini juga merupakan satu makanan tradisional, makanan orang tua dulu-dulu.

Sebab itu bila disebut kembali nama nasi ulam maka terimbaulah kenangan dulu-dulu, aroma daun yang dihiris halus dalam masakan ini yang disediakan oleh nenek moyang kita dahulu. Ramai yang mengatakan lama tak makan nasi ulam ni, sebut nasi ulam ingat arwah nenek atau mak yang pernah menyediakannya dahulu. Semua tinggal memori. Apakan tidaknya nak mengenalkan jenis daun ulaman pun kita dah tak tahu. Dahulu kita tahu makan je, termasuk admin hehehe.....

pakar buat nasi ulam

Admin amat bersyukur kerana masih ada emak dan abah yang pakar dalam menyediakan nasi ulam Pahang ini. Alhamdulillah juga admin dapat menuntut ilmu cara menyediakan Nasi Ulam Daun Manir ini. Dekat rumah admin di kampung Ulu Cheka Jerantut Pahang masih banyak pokok ulam-ulaman ini terutamanya daun yang paling utama iaitu DAUN MANIR. 

Dulu harganya murah je sekarang dah RM3.00 seikit kecil. Mahal? itulah harganya, nak pergi sendiri dalam mencarinya? mungkin ada yang tak balik, sesat mencari daun tersebut. Dulu pernah abah admin cuba menanamnya di tepi rumah, berjaya hidup, sempat jugalah merasa hasilnya, entah macam mana, pokok tersebut mati diracun ketika adik meracun sekeliling rumah. Tak perasan katanya... rupanya pokok tersebut memang sensitif dan sukar untuk ditanam.

Ada tak yang berminat nak dapatkan resepi Nasi Ulam Daun Manir ni? di sini admin kongsikan untuk semua agar resepi ini tidak hilang begitu sahaja untuk generasi akan datang.

Nasi Ulam Daun Manir


Resepi Nasi Ulam Daun Manir

A. Bahan-bahan Daun
  • Daun Manir (Utama, kalau tak ada, tak dinamakan nasi ulam daun manir)
  • Daun Kadok
  • Daun Kesom
  • Daun Serai Kayu
  • Daun Sekentut (Kesimbok)

*Anggaran ikut naluri anda hehehe, semua bahan dihiris sehalus-halusnya

B. Bahan lain
  • Serai
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Lengkuas
  • Halia
  • Lada Hitam (ditumbuk)

*Semua bahan dihiris sehalusnya juga

C. Bahan lain untuk lebih sedap
  • Isi ikan talang
  • Ikan Kembung (apa-apa ikan pun boleh, ikan sungai lagi sedap)
  • Daging

*Semua bahan di bakar tawar dan dihiris atau diceraikan halus-halus.

D. Bahan Kelapa
  • Kelapa parut digoreng separa masak atau dipanggil kerisik muda
  • Kerisik tua (Kelapa goreng dan ditumbuk hingga mengeluarkan minyak

E. Bahan tambahan lain jika ada
  • Petai
  • Kacang Panjang
  • Daun Kesing (jika suka, ada yang tak suka sebab berbau macam gepi)
  • dan juga lain-lain ulaman jika ada

Cara membuatnya

Semua bahan-bahan di atas dicampurkan dan digaul sama rata, dan campurkan garam secukup rasa. Maaf tiada sukatan tertentu untuk bahan-bahan di atas, sebab orang dulu-dulu masak main potong-potong gitu je... tapi sedap.. Nasi ulam ini amat sedap makan bersama nasi panas.

Selamat mencuba.







COMMENTS

BLOGGER
Name

Affiliate,15,Info Terkini,50,Kerjaya,18,Lifestyle,18,Media,4,
ltr
item
Pepalih Media: Nasi Ulam Daun Manir
Nasi Ulam Daun Manir
Resepi Nasi Ulam Daun Manir. Sebenarnya nasi ulam ini ada berbagai aneka jenis mengikut kaedah penyediaan masing-masing. Boleh dikatakan setiap negeri ada nasi ulamnye tersendiri. Begitu juga dengan Negeri Pahang khususnya bagi daerah Jerantut, Lipis dan Raub.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5ZTbKo2zCmxYoWK-_1pU9v6nvPux1wJ46lr9YH8MpLmkZ_n-NWte4E11sRVFYlukOfK7f2sYzju7jWv9ctgR1Pzd1altpbkh6POp6TOKYKwMjzHCO7nRcG1PfIOW4qJ5AvWVdhkKVu2qF/s1600/daun+nasi+ulam.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5ZTbKo2zCmxYoWK-_1pU9v6nvPux1wJ46lr9YH8MpLmkZ_n-NWte4E11sRVFYlukOfK7f2sYzju7jWv9ctgR1Pzd1altpbkh6POp6TOKYKwMjzHCO7nRcG1PfIOW4qJ5AvWVdhkKVu2qF/s72-c/daun+nasi+ulam.png
Pepalih Media
https://pepalihmedia.blogspot.com/2016/06/nasi-ulam-daun-manir.html
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/2016/06/nasi-ulam-daun-manir.html
true
3528604023044824991
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content