Lama admin tak menulis hal mengenai hobi atau aktiviti yang paling admin minati iaitu memancing. Hampir sebulan bercuti dari sebarang aktiviti memancing untuk menumpukan aktiviti bulan ramadhan. Seperti yang dirancangkan geng Usrah Ngail kembali menjejaki lubuk rahsia kami iaitu di Tanjung Agas Pekan Pahang.
Lama admin tak menulis hal mengenai hobi atau aktiviti yang paling admin minati iaitu memancing. Hampir sebulan bercuti dari sebarang aktiviti memancing untuk menumpukan aktiviti bulan ramadhan. Seperti yang dirancangkan geng Usrah Ngail kembali menjejaki lubuk rahsia kami iaitu di Tanjung Agas Pekan Pahang.
Trip sabtu dan ahad (23-24/7/2016), pergi sabtu malam ahad balik petang ahad. Untuk sampai ke port ini perlu tengok jadual air pasang surut dulu, tengok masa bila air pasang yang sesuai untuk memancing. Ia merupakan sebuah pulau pasir yang sering berubah mengikut keadaan air laut. Untuk sampai ke sana perlu menaik bot dalam setengah jam perjalanan dari jeti Tanjung Agas.
![]() |
Hidup api dahulu |
Sampai di lokasi jam 11.00 malam air hampir pasang penuh, terus berkemas-kemas menyiapkan khemah dan senjata untuk menduga penghuni muara Tanjung Agas tersebut. Umpan paling mujarab di sini adalah udang hidup yang boleh dijala di sana atau ditempah pada penduduk sekitar jeti Tanjung Agas. Memancing hampir jam 1.00 pagi, hasilnya kurang memberansangkan hanya pari dan dua tiga ekor gelama serta musuh tradisi iaitu sesirat. Selepas itu air main surut hinggalah ke hari cerah semula. Air mula masuk jam 8.00 pagi dan memenuh jam 12.30 petang.
Antara spesis yang biasa ditangkap di sini, pari, gemang, gelama, siakap merah, siakap putih, kerapu dan lain-lain.
![]() |
Ini sahaja sang pari yang berjaya dinaikan... |
Selepas memasak, aktiviti memancing di teruskan, tapi hampa tiada hasil yang boleh dibanggakan. Sebenar sudah acap kali pergi ke sini belum pernah mengecewakan. Tapi sejak akhir-akhir ini hasil makin berkurungan. Mungkin faktor memukat di sekitar muka kuala menyebabkan ikan hampir tiada. Apa-apapun kepuas tetap dirasai, dapat melampar joran lima belas kaki pun dah puas, bukan hasil tangkapan tapi kepuasan itu yang dicari.
![]() |
Gaya je lebih... |
Jam 11.30 terus berkemas balik. Itu sahaja untuk trip kali ini, rumusannya adalah GAGAL. InsyaAllah akan berkunjung semula ke sini tapi dengan lain stategi iaitu ngail atas bot, semasa air menyusur masuk ngail atas pulau pasir di alur muka kuala dan bila pulai tenggelam akan memancing atas bot.
![]() |
Pulau Pasir saujana mata memandang |
Inilah admin AUC News ni hehehe...
Tunggukan cerita memancing untuk trip akan datang, cadangannya ke Teluk Air Tawar atau menjala tengas di kampung Ulu Cheka.
Kreadit kepada team Usrah Ngail Ustaz Fauzi Yop (UFY) Ustaz Ruhazan (Ajang) dan Wan Sedy.
Kreadit kepada team Usrah Ngail Ustaz Fauzi Yop (UFY) Ustaz Ruhazan (Ajang) dan Wan Sedy.
wah sepertinya asik sekali yah
ReplyDeletemancing seperti itu :D
Wah kapan kapan mancing ah :D
ReplyDeleteJual Barcode Murah
Auto Followers dan Likers instagram
Auto Followers