Salam weh...ni bukan nok jual minyak, nok kongsi ilmu je Nok sambung lagi bab mengurut dulu, bila masuk je bab mengurut tak lepas punya da...
Nok sambung lagi bab mengurut dulu, bila masuk je bab mengurut tak lepas punya dari minyak yg digunakan utk menggosok yg bertujuan untuk melicinkan, kalaulah x pakai minyak alamat melelas lah deme hehehe.
Minyak ada banyak kategori, ade diperbuat dari bahan tumbuhan, kulit akau daun dan ada juga diperbuat daripada haiwan contonya kambing gurun,lintah, burung but-but dan sebagaimya.
Cara utk membuat minyak akar kayu
Bahan-bahan
1. Minyak kelapa tanah-biasanya guna kelapa hijau (bukan kelapa muda warna hijau tu) nama dia kelapa hijau
2. Minyak lenga (bijan)
3. Campuran serbuk akar kayu, iaitu akar tongkat ali, akar haji samad, akat setunjang bumi, akar teja lawang, akar tengkok biawak, akar sakar, akar mek dak. akar pak mulut, akar elex besi, akar elex tembaga (deme kenal ke nih)
4. campuran lada hitam, bunga cengkeh, jadam, lengkuas kering, hadas pedas dan hadas manis.
5. burung but-but
6. burung ciak
7. serai wangi
Cara memproses
Burung but-but dan ciak disembelih (nanti akan dicerita tentang bagaimana nak dapatkan burung but-but nih), dicabut bulunya dan dibersihkan. Lada hitam bunga cengkeh, hadas palas, hadas manis dan lengkuas kering yg telah dijemur, digoreng tanpa minyak selama lima minit.
Kemudian masukkan minyak lenga, minyak kelapa dan serbuk akar kayu. Biarkan mendidih hingga minyak betul-betul masak kira-kira satu jam.Sebelum minyak diangkat dari api, serai wangi yang dititik dimasukkan ke dalam supaya minyak berbau wangi.
Kegunaan:
Untuk menurut sambil memulihkan penyakit ganguan saraf, seperti sakit pinggang, lenguh-lenguh badan, terseliuh dan sebagainya. Boleh juga utk merawat luka-luka kecil atau sakit akibat gigitan serangga
*nanti bersambung buat minyak lintah pulok (kasik power sikit)
COMMENTS