$show=home$type=grid$count=3$cate=0$rm=0$sn=0$au=0$cm=0

Senangin Cherok Paloh

Aktiviti memancing di Cherok Paloh pada 6/10/2017. Hasimya 3 ekor senangin...

Senangin Cerok Paloh
Pada sabtu 6 Oktober 2017 rancangan memancing tanpa diduga, mula bergerak ke lokasi selepas asar. Sewaktu keluar rumah awan hitam pekat, guruh berdentum seakan tidak mengizinkan keluar petang itu.

Hati dah tawakkal biarlah hujan akan ku redah jua, sebab sudah lama tidak memiak joran panjang, ketagih menjalar di urat nadi ini.


Hari itu berteman geng Usrah Ngail, Ustaz Ajang MRY dan Sedy, kami bertiga sahaja tanpa Ustaz Fauzi yang ada hal keluarga di saat akhir. Kami tahu dia macam kami juga mengggigil saraf kerana lama tidak memiak (istilah membuat lontaran menggunakan joran panjang).

Berbekal umpan udang hidup 40 ekor kongsi 3 orang, tekad terus ke Cherok Paloh yang terletak di sempadan Kuantan Pekan Pahang. Tiba di lokasi biasa sudah pemancing lain di situ. Tapi masih ada ruang untuk kami memiak di situ.

Pembuka tirai dari Sedy

Jam 7.00 petang air mula menyusur masuk dengan lemah gemalainya, air masuk perlahan. Jiran pemancing sebelah bertali arus menaikan ikan gelama, ketuka dan sebagainya bersaiz kecik, kami masih lagi kumpau sekadar memerhati sahaja.

Masuk waktu maghrib terus solat maghrib berjamaah, sesudah solat maghrib barulah joran kami diragut oleh ikan-ikan kecil seperti duri, gelama ketuka. Hari makin gelap umpan makin berkurangan, tetiba joran admin melendut disentap, joran dikarau tanpa diberi peluang kepada sang ikan.


Alhamdulillah seekor senangin lebih kurang 600 gram berjaya dinaikkan, buat pertama kali admin berjaya menaikkan ikan ini di situ. Suasana menjadi panas dengan admin menaik ikan ini, semua kembali semangat tapi umpan tinggal beberapa ekor sahaja lagi.


Pemancing sebelah juga sudah balik, alhamdulillah terima kasih ada dia beri lebihan udang hidupnya, bertanya di mana boleh dapatkan umpan hidup kawasan situ, dia kata dekat area kampung Ubai dekat sahaja dari situ. Terima kasih kepada pemancing tersebut.

Sesi bergambar

Apa lagi terus hubungi penjual udang itu melalui nombor yang diberikan oleh pemacing tadi. Sepakat beli umpan udang hidup sebagai tambahan umpan yang dah habis.

Hmmmmm murah umpan kat situ RM1 = 4 ekor, biasa beli 1 ekor RM0.40, jauh ganda tu. Ajang dan Sedy pergi beli umpan tinggal admin keseorangan menjaga barang-barang di situ. Admin terus memancing, sentapan gelama menjadi peneman.


Tetiba joran melentur lain macam lagi ganas daripada tadi, admin terus mengenjut joran, berkocak air ditengah, yaa ikan besar ni, dalam hati berdetik, ikan melompat menari di atas air cuba melepaskan diri.

Termengah juga admin keseorangan di main oleh ikan yang meronta ke hulu hilir untuk melepaskan diri. Alhamdulillah berjaya juga menaikan ikan tersebut.

Wahhhh senangin juga rupanya, kali ini lebih besar dari sebelumnya, ditimbang hampir sekilo. Ajang dan Sedy balik dari membeli umpan, terperanjat dengan ikan yang admin dapat.

Mereka terus memancing, akhir sedy turut menaikan senangin juga hampir sebaya dengan dapat mula-mula tadi. jadinya sudah 3 ekor senangin telah berjaya dinaikan.

Suasana reda kembali di bawah sinaran rembulan yang cukup indah di malam itu. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan jeritan Ajang yang joran pendeknya menlendut disentap sang dasar dengan ganasnya. Kalau dilihat cara makannya, senangin lagi ni... ya betul senangin lagi dan lebih besar dari yang admin dapat tadi.

Hampir 2 minit pertarungan ikan makin ke tebing, namun apakan daya henjut terakhir memutuskan tali perambut itu, tiada rezeki, hanya rezeki mata sahaja, mari ku tatapkan video pendek pertarungan Ajang dengan sang senangin Cerok Paloh, tragedi oktober katanya....


Selepas perambut ikan lepas, suasana terus sunyi sepi, betul kata orang kalau ikan terlepas yang besar pulak tu, pasti ia akan culas dah nak makan selepas itu. Jam hampir 1 pagi, melihatkan keadaan itu kami pun berpakat untuk kembali menduga keesokan harinya...

Bersemangat, senjata Ustaz Fauzi....

Kali turut disertai oleh Ustaz Fauzi yang tidak dapat beraksi semalam, jadinya kami berempat, namun malam tersebut kumpau tiada hasil, tiada yang sudi menjamah udang hidup malam itu. Kami balik jam 12.30 pagi dan zzzzzzzzzz.....

Jumpa lagi dalam episod lain dari Team Usrah Ng4iL.

COMMENTS

BLOGGER
Name

Affiliate,15,Info Terkini,50,Kerjaya,18,Lifestyle,18,Media,4,
ltr
item
Pepalih Media: Senangin Cherok Paloh
Senangin Cherok Paloh
Aktiviti memancing di Cherok Paloh pada 6/10/2017. Hasimya 3 ekor senangin...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2uYE5wc_y7sgkq0jBqmGIA7xI5jGQDh2Vpa11Ivu1snNv-LiaSji2nsWJ8F-lT6kSRUeE8HJpX71WfiWiIT-6TSaJu0VM4hyphenhyphenZrFFRlVhY8qRfu19cLTwx67YxE8764XpcQuHp0Y7CqYwH/s640/memancing+di+cerok+paloh.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2uYE5wc_y7sgkq0jBqmGIA7xI5jGQDh2Vpa11Ivu1snNv-LiaSji2nsWJ8F-lT6kSRUeE8HJpX71WfiWiIT-6TSaJu0VM4hyphenhyphenZrFFRlVhY8qRfu19cLTwx67YxE8764XpcQuHp0Y7CqYwH/s72-c/memancing+di+cerok+paloh.png
Pepalih Media
https://pepalihmedia.blogspot.com/2017/10/senangin-cherok-paloh.html
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/2017/10/senangin-cherok-paloh.html
true
3528604023044824991
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content