$show=home$type=grid$count=3$cate=0$rm=0$sn=0$au=0$cm=0

Menjejak Lubuk di Kuala Tanjung Agas Pekan Pahang

Hampir 2 bulan bercuti dari sebarang aktiviti memancing, pada ahad 27 Ogos 2017 bersama-sama geng Usrah Ng4iL, Admin AUC News, Ustaz Fauzi, Ustaz Ajang dan tekong bot Usop

Menjejak Lubuk di Kuala Tanjung Agas Pekan Pahang

Hampir 2 bulan bercuti dari sebarang aktiviti memancing, pada ahad 27 Ogos 2017 bersama-sama geng Usrah Ng4iL, Admin AUC News, Ustaz Fauzi, Ustaz Ajang dan tekong bot Usop sekali lagi cuba menjejak lubuk di Kuala Tanjung Agas.

Biasanya kami akan tidur di pulau berpasir di Kuala Tanjung Agas tu, dulu memang lubuk ikan bagi kami. Pesta pari, gelama, siakap, sembilan memang biasa di sana. Tapi sejak akhir-akhir ini muka kuala sungai tersebut makin berubah, makin cetek, tidak macam dulu dah.

usrah ngail
Mula bergerak ke lokasi...

Sudah beberapa kali trip sebelum ini gagal mendapatkan hasil lumayan seperti dulu-dulu. Kalau nak menduga penghuni dasar di sana perlu bersedia dalam pelbagai aspek terutamanya, jadual air pasang surut, umpan udang biasanya udang yang dijala sana juga. (biasanya kami akan buat tempahan dahulu beli udang dari penduduk di situ). Ikan di situ tak nak makan udang kolam ni, nak udang dari situ juga.

Gambaran perjalanan menjejak lubuk di Kuala Tanjung Agas

Hari ni sepakat berkunjung ke sana semula, kali ni ubah cara sikit, tidak tidur seperti biasa, kami sepakat mengail atas bot pulak di muka kuala sungai tersebut. Agak mengecewakan sikit umpan udang yang kami tempah dah tiada, mungkin tokey umpan tu dah jual belake ke pemancing lain sebab ada pertandingan memancing di sekitar kawasan tersebut.

Admin siakap kecik je...

Kerapu Ustaz Fauzi

Tak pe lah itu tidak mematahkan semangat kami, kami teruskan juga dengan umpan udang mati dan anak belanak mati. Kami bergerak dari rumah Ustaz Fauzi pada jam 10.00 pagi dan tiba di Tanjung Agas jam 10.45 pagi. Kami terus menaiki bot Usup, ketika itu air sedang menyusur masuk. Sampai di lokasi pertama air muka kuala bergerak laju, tiada langsung yang sudi menjamah umpan udang mati kami, hanya sang sesirat sahaja yang bermaharajalela.

Satu-satunya sang pari berjaya dinaikan oleh Ustaz Ajang, tapi dia juga King of Sesirat...

Ustaz Fauzi sesaja dapat ikannya...

Hari telahpun masuk waktu zohor berpakat singgah di tebing untuk rehat dan bersolat, sementara menunggu air surut habis.

Alhamdulillah ketika air surut barulah penghuni dasar Kuala Tanjung Agas menampakkan diri, Ikan silang berganti naik antaranya, siakap, kerapu, gelama (besar-besar belaka), pari  dan gemang. Tapi sang sesirat juga makin menjadi-jadi juga.

Menjamu selera Nasi Arab Maqlubah Pak Lebai wehhh atas bot...

Ustaz Fauzi pembuka tirai makan nasi arab maqlubah.

Walau rezeki tidak berapa banyak, alhamdulillah lepas jugak hajat lama tak mengail di sini. InsyaAllah kami akan datang kembali ke sini dengan persedian umpan yang lebih rapi lagi...

Terima kasih geng UsraH Ng4iL (Ustaz Fauzi, Ustaz Ajang Mry dan Sedy (tak dapat pergi).

Alhamdulillah inilah hasilnya

Perjalanan pulang...

Admin AUC News

Artikel dahulu mengenai Trip Memancing di Tangjung Agas.

COMMENTS

BLOGGER
Name

Affiliate,15,Info Terkini,50,Kerjaya,18,Lifestyle,18,Media,4,
ltr
item
Pepalih Media: Menjejak Lubuk di Kuala Tanjung Agas Pekan Pahang
Menjejak Lubuk di Kuala Tanjung Agas Pekan Pahang
Hampir 2 bulan bercuti dari sebarang aktiviti memancing, pada ahad 27 Ogos 2017 bersama-sama geng Usrah Ng4iL, Admin AUC News, Ustaz Fauzi, Ustaz Ajang dan tekong bot Usop
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC6geDKuf2ep3ZtV4jAcSnFsYeLTw1qRGcA2fI2VIY3PORYny2pWS8c8PYI3ooKikZYPGbBzU0VLhRwWt_At_fI9hxXzzofqOA6bKerKOO91ObG9SOp9_FgeuIRb7L2OYYWaisbQfANeB2/s640/ngail+1.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC6geDKuf2ep3ZtV4jAcSnFsYeLTw1qRGcA2fI2VIY3PORYny2pWS8c8PYI3ooKikZYPGbBzU0VLhRwWt_At_fI9hxXzzofqOA6bKerKOO91ObG9SOp9_FgeuIRb7L2OYYWaisbQfANeB2/s72-c/ngail+1.jpg
Pepalih Media
https://pepalihmedia.blogspot.com/2017/08/menjejak-lubuk-di-kuala-tanjung-agas.html
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/2017/08/menjejak-lubuk-di-kuala-tanjung-agas.html
true
3528604023044824991
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content