Siapa tahu asal usul belimbing hitam Pahang ni?. Dulu tak glamer sambal hitam, admin panggil sambal itang, sekarang tersohor dah di saentero dunia.
Siapa tahu asal usul belimbing hitam Pahang ni?. Dulu tak glamer sambal hitam, admin panggil sambal itang, sekarang tersohor dah di saentero dunia. Kena pulak dengan jaman ni, maklumat di hujung jari je...
Sekarang boleh dikatakan musim dia dah. Ohh ya belimbing hitam ni berasal dari belimbing buluh yang di masak selama beberapa jam. Biasanya memasaknya menggunakan dapur kayu, kalau guna dapur gas alamatnya satu tong gas tu kalau nak masaknya...
Setelah dipetik dari pokoknya, ia dibersihkan buang yang hitam-hitam kat kepala buah belimbing tu. Bagi admin agak leceh heheheh....
Biasanya ia dimasak tidak menggunakan periuk yang biasa kita masak tu, habis jahanam periuk. Biasanya akan menggunakan tin minyak masak macam gambar tu. Tin hendak ditebuk, kiranya periuk pakai buang gitu laa..
Tu rupanya ketika ia sedang dimasak... resepinya mudah je. Air, buah belimbing, garam dan periuk pakai buang. Di masak kira-kira 5 - 6 jam gitu, proses ni yang memakan masanya... biasanya dalam kita memasak belimbing kita masak jugalah bende sampingan, contohnya kita masak lemang hehehe... (terliur la pulak tengok gambar ni).
Tak banyak sebatang dua je, jadi peneman belimbing tu. Tak pun kita bakar atau salai ikan kecik-kecik best juga goreng nanti.
[post_ads]
Tu la antara aktiviti kalau balik kampung admin, Kampung Ulu Cheka Jerantut Pahang. Setelah selesai masak, air rebusan tu jangan buang, boleh buat sos pulak... memang terangkat kalau kena dengan ikan bakar...
Maaf lama sungguh admin tak menulis artikel sebegini, terlupa dah blog kampung. Maaf juga banyak artikel-artikel lama-lama dulu mengenai kampung Ulu Cheka terpaksa dipadamkan atas sebab tertentu, InsyaAllah kini blog AUC kembali dengan penjenamaan semula.... AUC News.
Terima kasih kalau ada masa, moh datang lagi ke blog neh... blog kampung je... "Meraban Tapi Berinformasi".
*Kreadit gambar atas tu kat FB Zam Waja yang lain tu gambar ambe punya, kreadit buat Mak admin, Mok Tam orang kampung panggil, Mak biasanya jual belimbang rebus ni dalam RM20 - RM30 sekilo... lama tak balik kampung, lama tak masak-masak camni.... Sayang Makkk...
Boleh order ni barang sekilo dua nie mudoh nok membuat sambal hitam yak :)
ReplyDeleteBereh ... tapi deme kena dtg ambik kat kampong laa
ReplyDelete