ALLAH tahu kita ini selalu melupaiNya... lalu dihantarnya ramadhan sehingga kita selalu banyak mengingatiNya, sama ada secara sedar atau pun tidak.
ALLAH tahu kita ini selalu melupaiNya... lalu dihantarnya ramadhan sehingga kita selalu banyak mengingatiNya, sama ada secara sedar atau pun tidak.
Sebagai contoh mudah.. kalau di luar ramadhan, dengan semata-mata melihat kueh dan membayangkan keenakannya, belum pasti kita ingat ALLAH. Tetapi.. kerana puasa, bila saja ternampak kueh dan terbayangkan keenakannya.. tiba-tiba terluah kata-kata di hati dan di mulut kita.."Allahuakbar.. Aku berpuasa".
Begitu mudah nama ALLAH terpacul dari mulut kita bila saja sesuatu yang mungkin merosakkan atau menjejaskan puasa kita. Bukankah puasa itu zikrullah paling mudah dan sepontan yang sulit kita amalkan kalau tidak kerana berpuasa.
ALLAH tahu kita ini mudah hilang pahala amal disebabkan riya' dan sum'ah. DikirimNya ibadah puasa supaya peluang dan ruang untuk riya' atau sum'ah itu dikecilkan atau ditiadakan sama sekali. Dengan itu mudahlah kita memperoleh ikhlas. Inilah amalan yang dapat kita cagarkan di akhirat nanti.
Kalau bukan kerana adanya puasa, entah berapalah agaknya saki baki pahala yang masih tinggal. Jangan-jangan ini sajalah satu-satunya amal yang masih selamat. Kalau yang ini pun malas dikerjakan, memang malang dan nahaslah kita!.
ALLAH tahu, kita ini selalu mudah hilang pertimbangan bila mendapat pangkat dan kesenangan duniawi. Mulalah nak tunjuk sombong sesama manusia. Agar kita tidak mudah lupa daratan... ALLAH wajibkan kita berpuasa.
ALLAH nak kita sedar yang kita ini adalah hamba yang lemah. Baru separuh hari berpisah dengan makan minum dan tidur.. kita sudah lembik dan tak berdaya. Nak bercakap pun kadang-kadang, suara rasa lekat di kerongkong. Begitu kesannya lapar atas diri kita.
Bila berpuasa baru kita tahu betapa kerdilnya tenaga kita dan betapa berkuasaNya ALLAH yang tidak makan, tidak tidur, tidak mengantuk. Malah DIA yang memberi kita makan.
Kalau demikianlah keadaan yang dihadapi semua manusia, maka tak ada sebab langsung manusia nak sombong dengan sesama manusia, apa lagi dengan ALLAH!. Tak ada sebab langsung kita nak takut pada manusia yang sombong itu.
Siapa pun mereka.. tanpa makanan dan minuman yang ALLAH beri.. mereka akan mati kelaparan.
ALLAH tahu kita ini amat culas dalam ibadat, cuai dalam menunaikan tanggungjawab kehambaan. DidatangkanNya ramadhan dengan segala macam tawaran yang amat superb.. sehingga tak ada manusia berakal yang melepaskannya berlalu begitu saja.
Yang tamak akan bertambah haloba ibadahnya, yang terasa banyak dosa akan bersimpuh mengharap keampunannya, bahkan yang kelihatan biasa biasa saja (tidak berlumba-lumba) pun ikut mendapat habuan lebih dari hari hari biasanya. Subhanallah Maha PemurahNya ALLAH ke atas hambaNya yang berpuasa.
ALLAH Tahu, kita ini mudah sekali terjerumus dan cenderung melakukan perkara haram, buruk tabiat dan sukar melepaskannya.
Diwajibkannya kita berpuasa sehingga kita terbiasa meninggalkan yang harus dan halal sekalipun. Kalau yang halal pun ditinggalkan kerana takutkan hisabnya.. yang haram lebih lebih lagi, kerana takutkan seksaNya.
Maha Penyayang ALLAH ke atas hambaNya.. Puasa dijadikannya sebagai brake paling selamat dan mencengkam dari merempuh dan melanggar batasan batasan Syariat ALLAH.
Kalau ALLAH tak berbelas kasihan dan Nabi tidak mengajarkan kita ibadat ini.. nescaya kebinasaan amat pantas mendatangi kita. Ia boleh muncul dari atas atau bawah telapak kaki manusia, bahkan dari semua arah yang tidak kita sangkakan!.
Sumber: FB Ustaz Abdul Karim Sidek
COMMENTS