musim durian di kampung Ulu Cheka
Sekarang musim durian dah, boleh tengok merata-rata tempat ada orang jual buah durian. Harga pun boleh tahan RM10 ke atas belaka. Kalau yang ada gred berjenama tu, jangan cakap la harganya, sebiji mencecah RM50.
Setakat hari admin ni belum tertarik untuk membeli durian tepi jalan, serik dah beli seperti tahun-tahun lalu. Banyak yang isi tak elok dari eloknya. Setakat durian ni terbaik sekitar Kuantan ni pernah beli tahun lepas durian Beserah (Kedai cina buruk tepi jalan). Tapi tahun ni masih belum nampak kelibat durian Beserah ni...
Baru buang buruk..
Berbalik pada durian di kampung admin iaitu kampung Ulu Cheka. Tahun-tahun sebelum durian tidak menjadi sangat, harga pun sen-sen je... tahun ni kurang menjadi juga, tapi Alhamdulillah kebun durian admin di Ulu Perlok menjadi. Admin balik minggu lepas baru gugur buang buruk kata orang tua-tua, bolehlah makan baru ni.
Wah! harga jualan durian ke peraih,boleh dikatakan mahal iaitu antara RM4.00 - RM6.00. Tahun lepas dua tiga posen je... nak jual tak de harga, tahun ni Alhamdulillah.
Penunggu durian...
Boleh dikatakan setiap kebun yang menjadi duriannya ada buat pondok tunggu durian, manakan tidak harga mahal weh... dulu kalau nak ambik, ambik durian tu, tak ada siapa nak marah. Tahun ni, jangan buat pasal, nak kena tembak ambillah hehehe....
Buah lain seperti rambutan, manggis nampaknya belum masak lagi. Rasanya bukan 9, raya haji nanti masaknya.
Jom balik kampung makan durian, betul ke ramai cakap durian Ulu Cheka antara yang sedap dan terbaik?...
wah aku mau durian itu ... sepertinya enak sekali :D
ReplyDeletesama durian di daerah kalimantan kira-kira lebih enak yang mana ya.. ?
ReplyDeletesedapnye durian
ReplyDeletegw suka banget makan durian
ReplyDeleteboleh dong minta duriannya
ReplyDeleteIngin sekali mencoba enaknya makan durian,,,
ReplyDeleteMantabs, durian langsung dari pohonnya. Pasti Sedaapp
ReplyDeletet shirt flat earth