Puasa adalah kewajipan yang dilakukan pada bulan Ramadhan oleh semua kaum muslimin di seluruh pelusuk dunia. Beroleh pahala jika dikerjakan dan berdosa jika ditinggalkan, namun berpuasa juga membawa manfaat yang banyak untuk kesihatan.
Puasa adalah kewajipan yang dilakukan pada bulan Ramadhan oleh semua kaum muslimin di seluruh pelusuk dunia. Beroleh pahala jika dikerjakan dan berdosa jika ditinggalkan, namun berpuasa juga membawa manfaat yang banyak untuk kesihatan.
Apa yang menariknya, kerana Bumi ini bulat dan terus berputar mengelilingi matahari, maka waktu siang dan malam di pelbagai negara akan berbeza. Ada yang waktu siangnya lebih panjang, sehingga masa puasa yang dijalani oleh kaum muslimin di negara tersebut begitu panjang.
Tak seperti di Malaysia yang rata-rata hanya 13 jam sahaja waktu puasanya, negara di bawah ini masa berpuasa mencapai 22 jam atau hampir sehari semalam!..
Iceland 22 jam
Negara yang letaknya di lautan Atlantik itu dihuni kira-kira 700 lebih kelompok muslim. Mereka kadang kala melakukan sahur pukul 2 pagi, dan menunggu masa buka puasa masa hampir tengah malam pukul 00.00 karena matahari tenggelam di waktu tersebut. Akan tetapi ada ulama yang berfatwa bahawa untuk negara seperti Iceland ini, mereka boleh mengikuti waktu puasa dan buka seperti di negara Arab atau Mekah.
Sweden 20 jam
Walau jumlah muslimin di Sweden hanya 5 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi atau hanya 500 ribu orang sahaja, namun mereka harus tabah menahan kehausan dan lapar kerana masa puasa di sana sehingga 20 jam jika masuk musim panas. Matahari bersinar 20 jam dan hanya tenggelam 4 sahaja.
Alaska 19.45 jam
Alaska merupakan salah satu negara bahagian di Amerika yang mempunyai cuaca ekstrem dan kadang kala matahari boleh bersinar sehingga 19 jam lebih. Penduduk muslim di Alaska cukup ramai, iaitu kira-kira 3000 lebih yang terdiri daripada penduduk tempatan dan pendatang.
Jerman 19 jam
Jumlah penganut Islam di Jerman cukup besar, dan berasal dari pelbagai negara. Muslimin di negara ini setiap tahun harus melewati masa puasa ramadhan yang panjang hingga mencapai 19 jam.
England 18, 55 jam
Negeri Ratu Elizabeth ini juga menyimpan cabaran tersendiri bagi kaum muslimin yang berpuasa di sana. Masa puasa mereka mencapai 18,55 jam setiap hari. Dapat dibayangkan betapa mereka hanya punya sedikit masa untuk berbuka, solat tarawih, lalu harus sahur kembali.
info yang membantu, kunjungin juga yaa ousat sepatu kerja malang http://sepatukerjavalliant.blogspot.co.id/
ReplyDeletenitip lapak ya gan Box bayi
ReplyDeletebuset lama bener puasanya disana ya? untung saya ada di indonesia.. jadi lapernya gak ekstrim banget.. hehe nice artikel..
ReplyDelete