Satu cara melembutkan daging lembu telah menjadi viral, almaklumlah musim perayaan hari raya korban sekarang ini. Bersungguh membacanya dari mula hingga akhir
Satu cara melembutkan daging lembu telah menjadi viral, almaklumlah musim perayaan hari raya korban sekarang ini. Bersungguh membacanya dari mula hingga akhir, betul-betul mujarab cara melembutkan daging lembu ni...
Tuan-tuan dan puan-puan tak perlu bersusah payah menambah bahan-bahan lain. Hanya perlu tambahkan T sahaja daging lembu pasti akan menjadi lembut.
LEMBU + T = LEMBUT
Betulkan apa yang dituliskan tu kan! kan! kan!, sungguh kreatif orang kita melayu ni. Sekadar hiburan... terkena juga admin rupanya, hahaha....
Ok yang ni betul-betul petua atau cara untuk melembutkan daging lembu untuk hari raya korban ini nanti. Tapi sebenarnya bukan semesti untuk raya korban sahaja, ia boleh digunakan bila-bila masa dan tempat, janji bahan-bahan tambahan tersebut mudah di dapat sekitar kita agar daging cepat masak dan empuk.
Paling penting sebenarnya adalah yang mula-mula iaitu kepakaran atau kemahiran tukang sembelih itu sendiri memainkan peranan yang penting sekali... yang ni ramai terlepas pandang.
Keduanya teknik potong daging memainkan peranan yang kedua pentingnya, kena tengok betul-betul jalur uratnya, baru potong... yang lain-lain tu sebenarnya tambahan je... tak slaah nak cuba, kita masyarakat melayu penuh dengan berbagai cara dan petua nak lembutkan daging ni, antaranya seperti di bawah
- Semasa merebus atau memasak daging, masukkan sebatang sudu kecil ke dalam periuk. Dipercayai sudu ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.
- Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau air rebusan daging.
- Masukkan panadol ke dalam rebusan daging. Petua ini biasa di dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang sangat banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah diketahui.
- Selain itu,anda juga boleh masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.
- Jika tiada tangkainya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.
- Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.
- Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.
- Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu. Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu. Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.
- Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.
- Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.
- Rendamkan daging yang sudah dipotong dengan tepung gandum atau jagung untuk seketika sebelum memasak
- Carik-carikkan daun pisang dan masak sekali bersama daging
- Rebus daging bersama-sama pati santan kelapa hingga mendidih.Untuk sekilo daging, gunakan sebiji kelapa.Selain mengempuk, daging juga lebih terasa lemak dan enak kerana telah diserap santan di dalamnya.
COMMENTS