$show=home$type=grid$count=3$cate=0$rm=0$sn=0$au=0$cm=0

Ramadhan dan Muamalah Kita Dengan Al Quran (Siri 2)

Ramadhan dan Muamalah Kita Dengan Al Quran (Siri 2). Saya kira, ribuan bahkan jutaan kali sudah para Ulama' mengingatkan bahawa al.Quran itu bukan sekadar bacaan.

Ramadhan dan Muamalah Kita Dengan Al Quran (Siri 2)
Saya kira, ribuan bahkan jutaan kali sudah para Ulama' mengingatkan bahawa al.Quran itu bukan sekadar bacaan. Ia bukan bacaan santai sekadar untuk mengisi masa yang terluang.. tetapi mesti diluangkan masa untuk membacanya. Ia bukan hanya dibaca pada waktu tertentu, suasana tertentu atau bulan tertentu. Apabila tidak ada apa-apa aktiviti dunia yang hendak dibuat, atau tak tahu nak buat apa.. barulah al.Quran dicapai.

Saudara.. setiap patah kalimat al.Quran itu, ia berbicara hal-hal yang amat serius tentang hidup, tentang kejadian alam, tentang manusia dan segala wataknya, tentang kematian dan apa selepas mati. Semua yang dibicarakannya menuntut perhatian serius. Sekalipun al.Quran berbicara tentang binatang yang kecil dan diremehkan.. akan tetapi apabila direnungkan, ia menjadi suatu pengajaran yang amat besar.

Hal-hal yang besar ini, tentunya tidak dapat ditanggapi oleh jiwa-jiwa yang sukakan kesantaian dan tidak mahukan keseriusan. Bahkan, membacanya saja, tidak boleh berlebih kurang. Makhraj huruf, hukum tajwid, waqaf dan ibtida', tebal nipis, panjang dan pendek, qiraat dan tartilnya serta segala yang berkaitan dengan bacaan saja, kalau mahu di dalami.. nyaris menyita seluruh umur.

Sedihnya, umat Islam melayan al.Quran acuh tak acuh. Ambil contoh bacaan tadi,.. berapa kerat yang ambil peduli sama ada bacaannya betul atau tidak?. Suatu pengalaman kecil; Pernah saya mengadakan pameran al.Quran sempena ramadhan.. saya adakan klinik al.Fatihah, saya sediakan tiga bilik dengan tiga orang ustaz bagi sesiapa yang nak membetulkan Fatihahnya. Dari jam 9 hingga pukul 4 petang - pameran ditutup.. tidak ada seorang pengunjung pun yang mampir!.

Sebaliknya, cuba buka booth pemeriksaan kesihatan percuma.. berlumba-lumba masing-masing mohon diperiksa tahap kesihatan mereka. Itulah realiti umat Islam kini yang cemaskan kesihatan tubuh badan mereka.. tetapi tidak cemas terhadap ibadat solat mereka diterima atau tidak. Tidak betul membaca Fatihah bukan sesuatu yang menakutkan atau merunsingkan fikiran mereka. Kerunsingan-kerunsingan dunia yang tepu di dalam jiwa, menjadikan al-Quran kelihatan terlalu remeh untuk diperhatikan!.

Kalau sudah begitu tahap muamalah umat ini, tidak hairanlah kalau kita tidak beroleh banyak anugerah dari al.Quran berbanding umat terdahulu. Mereka melaksanakan al.Quran, lalu sepertiga belahan bumi ini ALLAH serahkan kekuasaan. Apabila umat ini meninggalkan al.Quran, habis kekuasaan umat Islam ditelan. Malah,di permukaan bumi yang dikuasai umat Islam.. sesama mereka bercakaran!.

Dalam kebingungan itu, ramai yang tertanya-tanya kononnya mengapa umat Islam mundur, dibantai musuh hingga seolah-olah mereka tidak dipedulikan Tuhan, tiada pembelaan?. Ada yang lebih bangang lagi.. terus saja menyalahkan al.Quran punca halangan. Lantas, menyerulah mereka dengan penuh kedunguan.. bahawa al.Quran mesti ditinggalkan.

Sungguh suatu kebodohan yang tidak terperi.. orang yang sedang kesesatan di perjalanan, tiba-tiba menyeru supaya kompas di tangan dicampakkan kerana memberatkan. Itulah umat Islam kini.. yang tertipu oleh fatamorgana. Apa yang terjadi, ternyata keadaan umat ini semakin parah setelah hukum al.Quran ditinggalkan. Ekonomi tidak semakin baik, polarisasi kaum terus melebar, kemajuan duniawi semakin jauh tertinggal. Nampaknya umat ini kebingungan antara mahu berpegang dan mahu membuang agama. Mereka tersesat antara dunia dan Akhirat.. demikian menurut al.Marhum Fathi Yakan.

Al Quran itu untuk dibaca, dihafaz, diamalkan, disebarkan, dihayati dan di lembagakan sebagai dasar negara. Ia tidak akan berfungsi kalau sekadar di mulut dan di dada tanpa tindakan. Ambil contoh mudah.. seorang suri rumah membaca resepi masakan, kemudian disimpan. Apakah akan siap masakannya atau dapatkah diketahui keenakan rasanya?.

Seorang pesakit yang memarahi doktor kerana tidak sembuh dari penyakitnya. Sangkanya cukup dengan membaca arahan yang tertulis pada botol ubatnya. Orang semacam ini perlu diubati gilanya terlebih dahulu sebelum diberi ubat yang menyembuhkan penyakitnya. Saya kira, kegilaan semacam inilah yang sedang menimpa umat Islam dan perlu dirawat terlebih dahulu.

Selagi al Quran tidak masuk ke dalam jiwa, atau masuk.. tetapi tidak ikut masuk dalam kehidupan, tidak akan ada apa-apa perubahan kepada umat ini, selain dari mempercepatkan kiamat sebelum masanya dan tibanya JAHANNAM di dunia sebelum akhirat!.

Sumber: FB Ustaz Abdul Karim Sidek

COMMENTS

BLOGGER
Name

Affiliate,15,Info Terkini,50,Kerjaya,18,Lifestyle,18,Media,4,
ltr
item
Pepalih Media: Ramadhan dan Muamalah Kita Dengan Al Quran (Siri 2)
Ramadhan dan Muamalah Kita Dengan Al Quran (Siri 2)
Ramadhan dan Muamalah Kita Dengan Al Quran (Siri 2). Saya kira, ribuan bahkan jutaan kali sudah para Ulama' mengingatkan bahawa al.Quran itu bukan sekadar bacaan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF1uHHS2Aco-lRznfUYG_r-97Zz3l6OTgnznfaQRYR9F-QGY5vXUY5EgWHPdWSfs9vwMxwh8miiBO5vLm3ZeUOQi6idrQS1hlutnuin95tI26m1GkmrGBbWiem7DuSy_QPWk8VhivhtAHS/s640/ramadhan+dan+muamalah+kita+dengan+al+quran.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjF1uHHS2Aco-lRznfUYG_r-97Zz3l6OTgnznfaQRYR9F-QGY5vXUY5EgWHPdWSfs9vwMxwh8miiBO5vLm3ZeUOQi6idrQS1hlutnuin95tI26m1GkmrGBbWiem7DuSy_QPWk8VhivhtAHS/s72-c/ramadhan+dan+muamalah+kita+dengan+al+quran.jpg
Pepalih Media
https://pepalihmedia.blogspot.com/2016/06/ramadhan-dan-muamalah-kita-dengan-al_7.html
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/2016/06/ramadhan-dan-muamalah-kita-dengan-al_7.html
true
3528604023044824991
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content