contoh soalan peperiksaan akauntan gred w41, akauntan gred w41 gaji, peperiksaan akauntan gred w41, temuduga akauntan gred w41, tugas akauntan gred w41, akauntan gred w41, peperiksaan memasuki perkhidmatan awam akauntan gred w41 dan juga gaji akauntan gred w41
Peperiksaan Akauntan Gred W41 ini bertujuan untuk mengukur sejauh mana daya pemikiran serta kebolehan calon-calon dalam mengaplikasi maklumat yang diperolehi dari latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka, soalan-soalan yang diajukan merangkumi pelbagai aspek dengan skop yang luas.
Matlamat peperiksaan ini juga adalah untuk menilai kematangan calon agar sesuai kualiti dan potensi seorang penjawat Akauntan Gred W41.
Peperiksaan ini mengandungi 1 bahagian yang terbahagi kepada 4 seksyen.
Berikut ialah 4 seksyen tersebut :
1. Seksyen A : Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
3. Seksyen C : Esei Bahasa Melayu
4. Seksyen D : Esei Bahasa Inggeris
2. Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
3. Seksyen C : Esei Bahasa Melayu
4. Seksyen D : Esei Bahasa Inggeris
Seksyen A : Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen ini akan menguji calon dengan perkara-perkara yang berlaku di seluruh dunia dan fokus utama pada Malaysia. Isu-isu yang akan diuji termasuklah politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik dan sukan.
Skop ini berbentuk umum dan tidak ada bahan rujukan yang spesifik. Calon yang mempunyai sensitiviti terhadap isu semasa dan alam sekitar akan dapat menjawab soalan dalam seksyen ini dengan mudah.
Untuk seksyen ini, anda perlu menjawab sebanyak 60 soalan dalam masa 45 minit. Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 30 markah.
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini akan menguji calon untuk menyelesaikan masalah berdasarkan 3 perkara yang berikut :
A. Kemahiran logik
Elemen ini akan menguji kemahiran berfikir dan kaedah bagaimana calon mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan masalah.
B. Kemahiran menginterpretasi data
Elemen ini akan menguji kecekapan calon membuat analisa datauntuk menyelesaikan masalah yang diutarakan.
C. Konsep matematik
Konsep matematik yang diuji termasuk algebra dan geometri. Sukatan matematik yang diuji tidak akan melebihi skima matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Untuk seksyen ini, calon perlu menjawab sebanyak 40 soalan dalam masa 45 minit.
Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 20 markah.
Seksyen C : Esei Bahasa Melayu
Seksyen ini akan menguji tahap kreativiti dan kebolehan calon sama ada menguasai bahasa Melayu atau pun tidak. Untuk seksyen ini, calon perlu menjawab sebanyak 1 daripada 3 soalan dalam masa 1 jam.
Calon perlu mengarang esei yang mempunyai 200-300 patah perkataan. Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 20 markah.
Seksyen D : Esei Bahasa Inggeris
Seksyen ini akan menguji tahap kreativiti dan kebolehan calon sama ada menguasai bahasa Inggeris atau pun tidak. Untuk seksyen ini, calon perlu menjawab sebanyak 1 daripada 3 soalan dalam masa 1 jam.
Calon perlu menghasilkan esei yang disusun dengan jelas, teratur dan logik. Calon juga perlu mengarang esei yang mempunyai 200-300 patah perkataan. Jumlah markah yang diperuntukkan untuk seksyen ini ialah 20 markah.
Klik di sini untuk mendapatkan panduan lengkap yang mengandungi contoh soalan peperiksaan akaun gred w41
COMMENTS