Makam @ Pusara Pawang Nong terletak betul-betul bersebelahan Masjid Ulu Cheka (dalam kawasan Masjid Ulu Cheka). Merupakan orang yang pertama...
Makam @ Pusara Pawang Nong terletak betul-betul bersebelahan Masjid Ulu Cheka (dalam kawasan Masjid Ulu Cheka). Merupakan orang yang pertama membuka penempatan di Ulu Cheka nih pada 7/7/07 (07 Julai 1907)
1874 hingga 1977 |
MEMPERINGATI
Nama batang tubuh, Haji Nong Taib bin Santan, di lahirkan di Kampung Sempiat Tanjung Besar, K.Lipis pada tahun 1874 dan beliau berkahwin 2 orang isteri, yang pertama Patam bt Mat Sama dan mendapat 8 orang anak 4 lelaki 4 perempuan, sementara isteri ke-2 Hajah Halimat bt Mat Long, mendapat 3 orang anak 1 lelaki 2 perempuan, beliau meninggal dunia pada 10 November 1977 di Kampung Ulu Cheka.
JASANYA
1. Pembuka Kampung Ulu Cheka pada tahun 1907 dengan seramai 7 orang kawannya.
2. Pengasas Masjid Ulu Cheka.
3. Pengasas Sekolah Kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka Jerantut.
4. Sebagai Pawang pertama kampung Ulu Cheka.
5. Seorang Pendekar Silat Cekap
6. Penentang pengganas komunis di Pahang yang terbilang, Kerajaan British telah memberi pingat B.E.M
7. Mengenangkan jasanya Kerajaan Persekutuan memberi penghargaan kepadanya dengan pingat A.M.N sementara kerajaan Pahang dengan pingat P.J.K P.K.T
8. Ketua Kampung Ulu Cheka sehingga 1966
![]() |
Di jaga/diselia oleh Pihak Muzium Negeri Pahang, rumah kawan sebelah hujung bawah tu je, ada masa singgah la ke rumah kawan |
![]() |
Al Fatihah buat Aki We (panggilan kome kepadanya) sebagai orang yang banyak berjasa suatu ketika dulu |
Sewaktu menerima Pingat B.E.M daripada Kerajaan British |
![]() |
Bersama seorang lagi tokoh yang penting di Ulu Cheka (Haji Bilal Abu) |
Al fatihah juga buat aki dan para sahabat dema semuanya. semoga rohnya dicucuri rahmatNYA jua.
ReplyDeletealfatihah - masa kome kecik2 selalu jumpe moyang aji ni. Tapi ilmu dia memang hebat sebab dia wasiatkan suruh semadikan di tepi masjid. kala dia di semadikan di kawasan perkuburan biasa mungkin ramailaaa yang tak bertanggung jawab tu datang buat macam2 menda syrik yek.
ReplyDeletesemoga ruhnya ditempatkan di sisi org2 yg beriman... amin!
ReplyDeletesalam mitos..
ReplyDeletehebat betul kampung aok nie..
AL-fatihah buat allahyarham
keduanya..
salam EnMitos,terima kasih berkongsi cerita ttg pahlawan melayu,sy amat berminat utk mengetahui mereka yg pernah berjasa pd agama,bangsa dan negara.lebih2 lagi hok beraser dr negeri kita.Al-Fatihah..semoga mereka diletakkan di tempat kekasih2Nya.Amin..
ReplyDelete