$show=home$type=grid$count=3$cate=0$rm=0$sn=0$au=0$cm=0

Rujukan Exam Online Separa Perubatan U29

Dapatkan Rujukan Exam Online Separa Perubatan U29 di SINI...

Rujukan Exam Online Separa Perubatan
Tahniah kepada calon yang akan menduduki Exam online Separa Perubatan U29 pada 29 Ogos 2016 nanti. Anda boleh menyemak secara online status kelayakan untuk menduduki peperiksaan online separa perubatan tersebut di bawah.


Pengenalan Separa Perubatan

Separa Perubatan merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan.

Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali. Setiap calon yang melepasi tapisan peperiksaan dan temuduga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM857.57 sepanjang kursus tersebut dijalankan.

Latihan Bertaraf Diploma

Terbahagi kepada 10 jawatan :

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Syarat kelayakan untuk memohon diploma Separa Perubatan :

  • Pemohon wajib memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Kelayakan SPM mengikut Sistem Terbuka untuk latihan ke Perkhidmatan Awam.
  • Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Untuk menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi.
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 daripada mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam 1 peperiksaan; atau
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan 2 mata pelajaran ialah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut; dan
  • Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.


Umur calon untuk memohon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma :

  • Calon lantikan terus berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai yang sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan perkhidmatannya hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.


Latihan Bertaraf Sijil

Terbahagi kepada 3 jawatan :

  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam


Syarat kelayakan untuk memohon sijil Separa Perubatan :

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Sains/Sains Paduan serta kepujian mata pelajaran Bahasa Inggeris dan lulus Matematik.
  • Umur calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil:
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai yang sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan KPSL) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.


RUJUKAN PANTAS

Nota ringkas ini adalah himpunan tajuk-tajuk penting berkaitan tugas & skop jawatan Separa Perubatan U29

1. Kemoterapi

  • Rawatan ini membunuh sel-sel yang mempunyai pertumbuhan yang pesat
  • Dijalankan dengan menyerang DNA atau enzim yang menggalakkan pertumbuhan mereka.
  • Digunakan untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor
  • Mempunyai 3 jenis iaitu :
  • Neo-Adjuvan – Sebelum pembedahan untuk mengurangkan saiz dan penyebaran tumor.
  • Adjuvant – Selepas pembedahan untuk membendung penyebaran sel kanser yang mungkin terlepas.
  • Palliatif – tahap akhir untuk mengawal sel kanser
  • Rawatan kemoterapi ialah proses yang berbeza untuk individu berbeza


  • Kemoterapi tidak pernah menyakitkan kerana dirawat sebagai pesakit luar
  • Kesan biasa selepas kemoterapi ialah loya dan muntah
  • Sel darah putih akan berkurangan ketika rawatan untuk tempoh sebentar sahaja
  • Pesakit akan mengalami letih dan lesu dari biasa selepas kemoterapi
  • Kemoterapi adalah ubat kuat yang memudaratkan dan perlu pemantauan doktor
  • Kemoterapi menjadi penawar yang memanjangkan hayat dan mengurangkan simptom penyakit
  • Tidak semua kemoterapi menyebabkan keguguran rambut
  • Makanan dan herba tidak boleh diambil semasa rawaran kemoterapi kerana ia akan mengurangkan keberkesanan kemoterapi atau meningkatkan kesan sampingan.

2. Program derma organ

  • Jika anda mendaftarkan nama anda di Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan mengizinkan organ dan tisu anda digunakan untuk transplan selepas anda mati.
  • Usia muda atau tua boleh mendaftar nama sebagai penderma organ dan tisu.
  • Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun wajib mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga dahulu.
  • Pendermaan organ ialah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas dia mati.
  • Transplantasi (pemindahan organ) ialah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah mati.

Organ-organ yang boleh didermakan ialah :

  • Buah pinggang
  • Jantung
  • Hati (heper)
  • Paru-paru
  • Pankreas

Tisu-tisu yang boleh didermakan ialah :

  • Mata
  • Tulang
  • Kulit
  • Injap jantung


  • Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh 2 orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
  • Isu pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan.
  • Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.
  • Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan suci hama.
  • Pembedahan dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman.
  • Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa dan bentuk tubuh badannya.
  • Selepas organ dan tisu diperolei luka pembedahan itu akan dijahit dengan sempurna dan jenazah si penderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal.
  • Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib seperti mana pembedahan-pembedahan biasa.
  • Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa.
  • Tiada paksaan untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu.
  • Anda hanya perlu memaklumkan keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ tersebut kepada Pusat Sumber Transplan Nasional.
  • Selepas organ dan tisu diperoleh daripada tubuh penderma maka jenazah akan dibersih, dikafan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin.
  • Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
  • Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma untuk jadi penderma organ.Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional.

Untuk mendapatkan nota yang lengkap sila dapatkan di sini :


Seksyen A:

200 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

Seksyen A : Penaksiran Minat

1. Saya sukakan aktiviti lasak daripada aktiviti pejabat.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah


2. Saya cepat berputus asa bila dikritik oleh orang lain.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah


3. Saya mudah mengingati tempat-tempat yang saya lawati semasa kecil.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah


4. Perbahasan yang sengit lebih saya sukai berbanding keputusan siapa yang menang.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah


5. Saya gemar melawat kawan dan jiran yang ditimpa sakit.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah

6. Orang yang pentingkan diri sendiri tidak akan mendapat kawan yang jujur.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak ambil kisah


7. Saya suka mendayung sampan.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya


8. Saya suka mengajar kanak-kanak mengeja.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya


9. Saya berminat menjadi perunding pelaburan.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak pasti
D. Saya tidak mahu tahu mengenainya


10.

11.
.
.
.
.
.
198.

199.

200.


Untuk mendapatkan contoh soalan full version sila terus ke laman berikut


Seksyen B:

60 Contoh Soalan & Jawapan
Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

Seksyen B : Pengetahuan Am

1. Pneumonia adalah jangkitan kuman pada paru-paru. Bahagian yang dijangkiti ialah

I. Pundi-pundi udara
II. Saluran pernafasan
III. Kerongkong
IV. tekak

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV


2. Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam


3. Darah tinggi berlaku apabila tekanan darah

A. 135 mmHg
B. 140 mmHg
C. 145 mmHg
D. 150 mmHg


4. Di antara berikut, yang manakah bukan objektif Intergrasi Nasional?

A. Melaksanakan program Integrasi Nasional ke arah mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu.
B. Menjayakan program bentuk Lawatan Integrasi antara wilayah dan negeri ke arah mempercepatkan lagi proses perpaduan negara.
C. Memperkukuhkan kesedaran serta penghayatan cintakan negara dan semangat patriotisme di kalangan rakyat yang berbilang bangsa.
D. Memelihara, memupuk dan meningkatkan persefahaman beragama dan kebudayaan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.

5. Apabila kandungan asid dalam perut masuk semula ke salur esophagus, ia akan mengakibatkan

A. Gastrik
B. Sakit di bahagian perut
C. Sakit di bahagian kerongkong
D. Gastroesophageal Reflux Disease


6. Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI

A. Strok
B. Merokok
C. Kerap hamil
D. Jangkitan HIV


7. Sawan demam berlaku akibat daripada

A. Perubahan cuaca yang mendadak
B. Apabila suhu badan mencecah 39˚C
C. Antibodi di dalam badan lemah akibat virus
D. Perubahan gelombang otak secara mengejut


8. Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panik?

A. Serangan jantung
B. Kerosakan saraf
C. Pening
D. Buta


9. Berdasarkan pernyataan di bawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?

A. Mengandungi zat contohnya asid amino.
B. Protein kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan.
C. Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk.
D. Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua.
.
.
.
58.
59.
60.

Untuk mendapatkan semua soalan separa perubatan sila klik pautan di bawah :


Ya percuma untuk anda preview copy rujukan separa perubatan di sini :








COMMENTS

BLOGGER: 6
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman PM (Pepalih Media) tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan dibuang secara automatik. Harap maklum.

Name

Affiliate,15,Info Terkini,50,Kerjaya,18,Lifestyle,18,Media,4,
ltr
item
Pepalih Media: Rujukan Exam Online Separa Perubatan U29
Rujukan Exam Online Separa Perubatan U29
Dapatkan Rujukan Exam Online Separa Perubatan U29 di SINI...
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRHViZsMdlhpIJr0SZqS-Qnw2N7TNSHjS0xmIoshE77nwHqBluf7PuKw5io3gC0sYyzK9DMypJkq_6oT4kCLdf7UT3CI-eU3lmwW-ywWm4fioVRt0vBsmwDC0J0L1ybltmVqSaEjn2qliN/s640/rujukan+separa+perubatan.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRHViZsMdlhpIJr0SZqS-Qnw2N7TNSHjS0xmIoshE77nwHqBluf7PuKw5io3gC0sYyzK9DMypJkq_6oT4kCLdf7UT3CI-eU3lmwW-ywWm4fioVRt0vBsmwDC0J0L1ybltmVqSaEjn2qliN/s72-c/rujukan+separa+perubatan.png
Pepalih Media
https://pepalihmedia.blogspot.com/2016/08/rujukan-exam-online-separa-perubatan-u29.html
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/2016/08/rujukan-exam-online-separa-perubatan-u29.html
true
3528604023044824991
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content