Kampung Ulu Cheka kawasan pendalaman yang di keliling oleh dua gunug, satunya Gunung Benom dan Bukit Bongok ia amat sesuai dengan habitat bunga pakma / bunga refflesia si tumbahan busuk ini.
Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan genus sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar. Bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma ialah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.
Masih belum berkembang
Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen.
[post_ads]
Rafflesia juga tidak mempunyai akar untuk menyerap air dan mineral dari tanah untuk diproses sebagai protein. Apa yang ada cumalah tisu-tisu yang kelihatan seperti tiub-tiub halus yang panjang memasuki tumbuhan perumah. Hal ini menunjukkan bahawa rafflesia ialah sejenis parasit yang ia tidak perlu menghasilkan nutrisinya sendiri. Ia hanya perlu menyerap nutrisi tersebut daripada perumahnya, yang mana perumahnya juga ialah tumbuh-tumbuhan lain.
Tu intro mengenai Bunga pakma atau Refflesia bersumberkan Wikipedia. Kaitan dengan bunga pakma ni admin nak cerita sikit, bunga ini boleh dikatakan masih banyak di kawasan hutan sekitar Ulu Cheka ni. Gambar kat atas tu baru di ambil oleh salah seorang geng Ulu Cheka Trip. Beliau mengatakan masih belum kembang lagi, dalam tiga atau empat minggu lagi ia akan kembang.
Kampung Ulu Cheka kawasan pendalaman yang di keliling oleh dua gunug, satunya Gunung Benom dan Bukit Bongok ia amat sesuai dengan habitat bunga pakma / bunga refflesia si tumbahan busuk ini.
Ada tak sesiapa individu atau berkumpulan yang berminat sambil jalan-jalan melihat keindahan alam tengok bunga pakma berkembang ini nanti? bagi yang berminat sila hubungi admin di talian 013 972 3067. Kalau nak tinjau-tinjau apa yang menarik lagi kat kampung Ulu Cheka boleh jalan-jalan tengok FB Ulu Cheka Trip <<<--- Klik situ
Seumur hidup ni belumbpernah tengok bunga pakma, lebih lagi pergi ke kampung Ulu Cheka.
ReplyDeleteAda masa moh la dtg sana... boleh bw keluarga sekali semua ada nama
Delete