$show=home$type=grid$count=3$cate=0$rm=0$sn=0$au=0$cm=0

Di Akhir Ramadhan: Ambil Satu Buang Satu

DI AKHIR RAMADHAN : AMBIL SATU BUANG SATU. Tazkirah Ramadhan (Siri 15) Subuh tadi, tazkirah saya di akhir ramadhan. Sahabat yang dicintai.. kalau kita bermusafir, kata pujangga: "Bawalah pulang cenderahati walau seketul batu". Begitulah sepatutnya kita.. apabila melangkah keluar dari ramadhan, bawalah setidak-tidaknya satu amalan yang telah kita laksanakan di dalamnya.

Di Akhir Ramadhan: Ambil Satu Buang Satu

DI AKHIR RAMADHAN : AMBIL SATU BUANG SATU.

Tazkirah Ramadhan (Siri 15)

Subuh tadi, tazkirah saya di akhir ramadhan.

Sahabat yang dicintai.. kalau kita bermusafir, kata pujangga: "Bawalah pulang cenderahati walau seketul batu". Begitulah sepatutnya kita.. apabila melangkah keluar dari ramadhan, bawalah setidak-tidaknya satu amalan yang telah kita laksanakan di dalamnya.

Ambil dan kekalkanlah mana-mana satu dari amalan yang kita rasa dapat kekalkannya sejak memasuki syawal hinggalah bertemu ramadhan akan datang. Entah itu solat dua rakaat dhuha, zikir-zikir ringkas, sedeqah seringgit sehari, solat witir setiap malam, bacaan al Quran sehari sehelai.. atau apa-apa saja buah tangan ramadhan yang amat banyak itu.

Jangan sampai langsung satu pun tak ada, umpama daun pokok yang luruh kesemuanya. Amatlah malang kalau ramadhan tak mengubah apa-apa pun pada diri kita, selain jadual makan. Manakala nafsu syahwat masih tetap mengagahi, taqwa kita pula yang digagahi.

Kita kena akur akan hakikat bahawa kita sebenarnya masih tetap tewas kepada hawa nafsu sekalipun tidak dibantu syaitan. Bagaimana akan menang pasukan taqwa kalau hanya pemain handalan bernama puasa saja satu-satunya yang diturunkan, manakala yang lain dibangku simpanankan. Sebaliknya pasukan nafsu hanya kehilangan penyerang licik iblis.. sedangkan kesebelasan handalan lain tetap diturunkan.

Manakala mata, perut, mulut dan anggota lain tidak dikawal, qiamullail tidak diturunkan, lailatul qadr tidak dimasukkan.. bagaimana kita akan menang?. Sungguhpun secara keseluruhannya kita tak menang,.. tapi takkanlah cenderahati sebagai hadiah saguhati pun tak boleh dibawa pulang?. Murah pun tak apa asal ada. Biarlah sedikit amalan yang dibawa pulang dari ramadhan, tetapi berterusan.

Bila kita dah ambil sesuatu, buang dan tinggalkan pula sekurang-kurangnya satu sifat mazmumah yang telah kita lazimi sepanjang ramadhan. Entah itu sifat pemarah, mengumpat, bercakap kosong, kedekut atau apa-apa jua salah satu dari keharaman yang mesti kita tinggalkan. Kita pasangkan azam tidak akan kembali kepada keharaman tersebut. Letaklah target sederhana.. setidak-tidaknya hingga ramadhan tahun depan.

Inilah yang saya maksudkan dengan ambil satu dan buang satu di atas tadi. Bayangkan.. kalau setiap orang melaksanakan konsep ramadhan yang sesederhana ini, alangkah amannya dunia tempat kita hidup ini. Sayangnya.. perubahan ini terlalu lambat. Di lambatkan oleh manusia-manusia yang tak punca cita dan pengharapan apa pun dari ramadhan.

Realiti yang terjadi...untuk satu-satu perubahan saja.. umat ini memerlukan puluhan tahun, sedangkan kita ada terlalu banyak sifat mazmumah yang nak ditinggalkan. Kita ada puluhan amal taat yang mesti diupgrade sama ada dari kualiti maupun kuantitinya. Kita perlukan banyak peringatan untuk mengikis kedegilan ini.

Kita kebosanan dengan tazkirah, .. ada yang menolak terus masjid dan surau mereka dari tazkirah, ada yang mengadu kejemuan kalau melebihi 20 minit atau jemu kerana point yang sama diulang-ulang. Saya katakan.. kita nak pengisian baru, sedangkan yang sudah lama ditazkirahkan masih liat nak diamalkan!. Hati kita terlalu liat hendak ditundukkan kerana mazmumah masih menjadi raja di sana.

Oleh kerana banyak dan kroniknya penyakit kita.. layaklah dihadapkan tazkirah yang sedikit lama. Kalau kita ini umpama pelajar sekolah dulu; tak lulus tak naik kelas.. maka itulah kita sekarang ini. Kita tertahan puluhan tahun di kelas yang sama untuk satu satu mata pelajaran. Maka layaklah kita ini hanya mengafal sifir ramadhan; ambil satu buang satu. Jauh sangatlah nak menjangkau formula ramadhan khawas apatah lagi khawasul khawas!.

-------------

Semoga bertemu ramadhan akan datang, mohon maaf andai tazkirah saya menyinggung perasaan atau kurang berkesan kerana tak cukup nilai ilmiahnya atau tak berjejak di bumi nyata.

إن أريد إلاصلاح ما استطعت ، وما توفيقي إلا بالله.


Sumber: Ustaz Abdul Karim Sidek


COMMENTS

BLOGGER: 4
  1. Salam Aidilfitri.. sekejap sungguh masa berlalu..hari ni dah masuk hari raya ke 6.. moga kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan

    ReplyDelete
  2. Salam Aidilfitri.. moga kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, terima kasih, sungguh terkesan. Perkongsian yang bermanfaat ..terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih sungguh bermanfaat

    ReplyDelete
Terima Kasih kerana sudi memberikan komen di halaman ini. Sila berikan komen yang berhemah. Laman PM (Pepalih Media) tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang link aktif akan dibuang secara automatik. Harap maklum.

Name

Affiliate,15,Info Terkini,50,Kerjaya,18,Lifestyle,18,Media,4,
ltr
item
Pepalih Media: Di Akhir Ramadhan: Ambil Satu Buang Satu
Di Akhir Ramadhan: Ambil Satu Buang Satu
DI AKHIR RAMADHAN : AMBIL SATU BUANG SATU. Tazkirah Ramadhan (Siri 15) Subuh tadi, tazkirah saya di akhir ramadhan. Sahabat yang dicintai.. kalau kita bermusafir, kata pujangga: "Bawalah pulang cenderahati walau seketul batu". Begitulah sepatutnya kita.. apabila melangkah keluar dari ramadhan, bawalah setidak-tidaknya satu amalan yang telah kita laksanakan di dalamnya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhU-9wTQT-FJ6QhhD9NmvOs97gd5k-aioV8Mo2zdoC8QdP2qKbX544wyVHPtnFanoc1GEzcqaiHWy_prPOzFZACp2ERfmdtmwYSGV5i20YK9k8YT8Mdv2-qW_0O9LFCCHtOe1pHxsXWoO69/s640/al+quran.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhU-9wTQT-FJ6QhhD9NmvOs97gd5k-aioV8Mo2zdoC8QdP2qKbX544wyVHPtnFanoc1GEzcqaiHWy_prPOzFZACp2ERfmdtmwYSGV5i20YK9k8YT8Mdv2-qW_0O9LFCCHtOe1pHxsXWoO69/s72-c/al+quran.JPG
Pepalih Media
https://pepalihmedia.blogspot.com/2016/07/di-akhir-ramadhan-ambil-satu-buang-satu.html
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/2016/07/di-akhir-ramadhan-ambil-satu-buang-satu.html
true
3528604023044824991
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content