$show=home$type=grid$count=3$cate=0$rm=0$sn=0$au=0$cm=0

Kenapa Rekabentuk Rumah Sekarang Bumbungnya Pendek?

Kenapa Rekabentuk Rumah Sekarang Bumbungnya Pendek? Itulah yang mula-mula menjadi persoalan sewaktu ketika dulu melihat rekabentuk rumah sebegini sekarang.

Kenapa Rekabentuk Rumah Sekarang Bumbungnya Pendek?

Kenapa Rekabentuk Rumah Sekarang Bumbungnya Pendek? Itulah yang mula-mula menjadi persoalan sewaktu ketika dulu melihat rekabentuk rumah sebegini sekarang. Ia tampak menarik dan moden ala-ala eropa pada pandangan mata.

Boleh dikatakan semua rekabentuk rumah sekarang sebegini. Adakah ia sesuai dan praktikal dengan bumbung pendek sebegini. Sekadar perkongsian dari yang pakar dalam bidangnya, jom baca...


MENGAPA BUMBUNG PENDEK?

1. Pemaju banyak buat rumah rekabentuk baru hari ini. Rekabentuk baru ini menjadi kegilaan pembeli.

2. Bila bumbung direkabentuk pendek begini sebenarnya ia tidak menjadi pelindung cuaca yang baik buat rumah kita.


3. Fungsi bumbung selain beri 'rasa' cantik, ia sebagai pelindung matahari yang terik, hujan yang lebat, silau dan kesan tempias angin yang kuat.

4. Bila bumbung rumah pendek, cahaya matahari terus kedinding rumah. Dinding akan menjadi seperti 'span' cuci, semua haba panas akan diserap dan disimpan rapi.

5. Bila malam hari, dinding ini akan lepaskan haba yang disimpan siang tadi. Rumah yang kita duduk akan rasa macam dikukus dalam 'steamboat' nanti.

6. Kita akan pasang penghawa dingin sepanjang masa, walau hujan haba panas tetap ada. Kos bil elektrik setahun buat hati kita cepat terluka.


7. Bumbung pendek ini juga bila hujan lebat akan masukkan air kedalam bumbung atau siling rumah kita, lebih malang ada kala air masuk terus kedalam rumah. Lepas hujan boleh bela ikan dalam rumah.

8. Pemaju jana keuntungan dari 'design modern' ini, mereka jimat kos bahan binaan sebab kepingan genting sikit digunakan. Bukaan binaan rumah hanya 25' x 40'.

9. Bagaimana kita tahu bahawa 'design hebat' ini gagal? Bila banyak rumah lepas itu buat bumbung tambahan dan pasang aircond sepanjang malam.

10. Elakkan beli kediaman modern, canggih dan berwawasan ini. Selain ia semakin kecil rekabentuk begini akan rugikan pembeli nanti.

11. Rekabentuk baik tidak semestinya cantik, ia berfungsi dengan baik.

Saya sertakan beberapa gambar dan model rumah yang saya jumpa di sini. Moga jelas dan makin faham.

Azizul Azli Ahmad (PhD) 
Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur. UiTM Perak

COMMENTS

BLOGGER
Name

Affiliate,15,Info Terkini,50,Kerjaya,18,Lifestyle,18,Media,4,
ltr
item
Pepalih Media: Kenapa Rekabentuk Rumah Sekarang Bumbungnya Pendek?
Kenapa Rekabentuk Rumah Sekarang Bumbungnya Pendek?
Kenapa Rekabentuk Rumah Sekarang Bumbungnya Pendek? Itulah yang mula-mula menjadi persoalan sewaktu ketika dulu melihat rekabentuk rumah sebegini sekarang.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiD1hY9doKVSgs5tUlAlo3lrqBwXaVysmHcBvcQDtJHcDZNtmBRtv_oYmfaGHAlkKEuVlR6cKdtaZjg5qR0bqHOmiKX8mgxXcUTSfDwECrHCD7hKoQHmwIyaXj07g0HaUtZb2luPdcxAe8K/s640/rumah+bumbung+pendek.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiD1hY9doKVSgs5tUlAlo3lrqBwXaVysmHcBvcQDtJHcDZNtmBRtv_oYmfaGHAlkKEuVlR6cKdtaZjg5qR0bqHOmiKX8mgxXcUTSfDwECrHCD7hKoQHmwIyaXj07g0HaUtZb2luPdcxAe8K/s72-c/rumah+bumbung+pendek.jpg
Pepalih Media
https://pepalihmedia.blogspot.com/2017/09/kenapa-rekabentuk-rumah-sekarang.html
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/
https://pepalihmedia.blogspot.com/2017/09/kenapa-rekabentuk-rumah-sekarang.html
true
3528604023044824991
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content